Monday, November 16, 2015

Homemade Meatball ( DIY )

Homemade meatball recipe

As-salam,

Okey...ni nak share resepi homemade meatball. Aku kan kaki D.I.Y...apa-apa barang selagi aku boleh DIY memang aku akan cuba DIY. Jadi...memandangkan September lepas aku dah beli food processor, daripada aku biar food processor tu menghiasi almari pinggan mangkuk, baik aku guna. Kalau nak harap mak mertua aku guna FP ni, memang tak la....

Idea untuk buat homemade meatball ni datang bila asyi tengok resepi meatball carbonara melayang-layang di wall fb aku. Alkisahnya 2 minggu sebelum ni aku dah la cuba beli readymade meatball Ramli dari Giant, bila cuba buat carbonara tu, rasanya kurang umph......takde feel makan daging...jadi aku rasa project tu tak sukses...sebab aku tak puas hati dengan rasa meatball tu.

Jadi aku nekad nak buat meatball sendiri. Kebetulan ada daging yang dah siap dipotong nipis dalam freezer. Ok...make it simple...jom share resepi...

Homemade Meat Ball ( Versi aku lerrr )

Bahan-bahan :

500g daging yang dipotong nipis ( boleh gak guna mince beef kalau nak )
2 sudu besar Bread Crumb ( Aku takde stok bread crumb di rumah, jadi aku bakar sekeping bread   dalam oven sampai keras, then blender halus )
Sedikit rempah kering oregano dan rosemary ( Aku hentam jer campur .... korang gunalah rempah yang korang suka ye..
Sebiji telur Gred C
30ml fresh Milk
1 sudu gula
Garam & Serbuk perasa secukupnya (ikut selera korang)
Daun Celery ( ku tambah sendiri )
Setengah Biji Bawang besar Holand ( potong nipis ) **
Halia - hiris nipis (korang tak nak letak pun takpe, ikut suka ) **


Cara Buat :

1. Bahan yang bertanda ** tumis sekejap, then angkat, masukkan dalam fp, macam dalam gambar bawah ni ha..

Bahan-bahan letak jer semua dalam fp... then blend ler.....apa tunggu lagi..



Nah....ini rupanya lepas di food processorkan.......excited aku tengok daging tu hancur lumat bercampur rata dengan bahan-bahan yang lain.



keluarkan daging tadi dari fp, masukkan dalam mangkuk lain.



Apa lagi....gentel-gentel, bulat-bulatkan jadi bentuk 'ball' nak besar buatla bulat2 besar....aku buat kecil-kecil jer..cukup sekali suap masuk mulut...anak pun senang nak makan...



Nah...kat bawah ni, aku guna separuh dari meatball aku tu untuk buat meatball carbonara. Sedap. Mantap. Juicy. Baru ada rasa makan 'meatball' hokey...

Carbonara ni nanti saya share resepi ye... mudah jer.....




No comments: